Wednesday, 10 December 2014

Tiga orang.

Jangan lupakan tiga orang ini:
1. Orang yang membantu anda semasa kesusahan.
2. Orang yang menyebabkan anda berada dalam kesusahan.
3. Orang yang meninggalkan anda semasa anda dalam kesusahan.

Dan jangan lupakan tiga qaseh gold ini:
1. Qaseh kekanda
2. Qaseh adinda
3. Qaseh junior.

Umi arbee ali
BERQASEH DI RUMAH.


Saturday, 6 December 2014

Hikmah tersurat dan tersirat apabila sakit mendatang.

Bak ditahan di hospital lagi. Lututnya keras, bengkak dan proses penyembuhannya sangat lambat. Tak seperti pesakit lain. Tak juga seperti pembedahan kali pertama pada tahun 2007 di mana bak kembali bekerja usai cuti sakit selama enam minggu.

Menjaganya di hospital atau di rumah, saya berlagak biasa diselang selikan lawak. Supaya bak tak risau dan tak terlalu memikirkan sakitnya. Walaupun ada masa saya berkecil hati dengan sikapnya, pada hemat saya, yang sakit lebih lagi terbeban dari yang menjaga. Malah, yang sakit bergantung harap sepenuhnya pada yang sakit. Umpama burung yang patah sayapnya.

Bak, saya tahu ianya sangat sakit namun tahu dan merasainya adalah amat sangat berbeza umpama langit dan bumi. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Saya dan anak-anak hanya mampu mendoakan bak sepertimana doa yang diajar oleh Rasulullah saw agar cepat sembuh dan bersabar dalam menghadapi kesakitan;

((أَذْهِبْ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ، اشْفِ وَأَنْتَ الشَّافِي، لا شِفَاءَ إِلا شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لا يُغَادِرُ سَقَمًا))
“Ya Allah! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia, sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan dari-Mu jua, sesuatu kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit”. [HR Bukhari]

لاَ بَأْسَ، طَهُورٌ إِنْ شَاءَ الله
“Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insya’Allah”. [HR Bukhari]

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada seorang mukmin yang rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya” (Hadis riwayat Bukhari). 

Di dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Seorang hamba memiliki suatu darjat di syurga. Ketika dia tidak dapat mencapainya dengan amal-amal kebaikannya, maka Allah menguji dan mencubanya agar dia dapat mencapai darjat itu.” (Hadis riwayat Thabrani). 

Bak, bila masa senggang di hospital, bacalah 14 hikmah sakit ini :
1. Sakit itu Zikrullah. Mereka yang diuji sakit lebih banyak menyebut nama Allah berbanding ketika waktu sihatnya.
2. Sakit itu Istighfar. Kita mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun.
3. Sakit itu Muhasabah. Orang yang sakit akan lebih banyak waktu untuk merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali.
4. Sakit itu Jihad. Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan.
5. Sakit itu Ilmu. Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu supaya tidak mudah sakit.
6. Sakit itu Nasihat. Yang sakit selalu menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar.
7. Sakit itu Silaturrahim. Keluarga yang jarang menjenguk akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra beserta buah tangan.
8. Sakit itu Gugur Dosa. Yang sakit akan mendapat penyucian.
9. Sakit itu Mustajab Doa. Imam as-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan begitulah juga kita hendaknya.
10. Sakit itu Menyusahkan Syaitan. Diajak maksiat, tak mahu dan tak mampu malah disesalinya.
11. Sakit itu Sedikit Tertawa dan Banyak Menangis. Satu sikap keinsafan yang disukai Rasulullah S.A.W. dan makhluk di langit.
12. Sakit itu Meningkatkan Kualiti Ibadah. Rukuk sujud kita lebih khusyuk, tasbih istighfar lebih sangat, tahiyat juga lebih lama.
13. Sakit itu Memperbaiki Akhlak. Kesombongan terkikis, sifat tamak dipaksa tunduk, peribadi akan jadi santun, lembut dan tawadhu'.
14. Sakit itu Mengingatkan Kita Akan Mati. Membuatkan kita akan sentiasa beringat untuk menghadapinya.

Umi arbee ali
BERQASEH DI RUMAH.

Rujukan:
Instagram @Fedtriyahya

http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Maknaapabilasakitmendatang/Article/index_html

http://www.abuanasmadani.com/ziarah-orang-sakit-tuntutan-adab/


Monday, 1 December 2014

Kata semangat.

Berjalanlah dengan penuh HARAPAN,
Walaupun hidup ini tak selalu membahagiakan.

Sedekahlah satu SENYUMAN,
Walau jiwamu tak lagi mampu bertahan.

Belajarlah MEMAAFKAN,
Walau hatimu sering dilukakan.

Berhentilah memberi ALASAN,
Walau ingin menyatakan kebenaran.

Hiduplah dalam IMAN,
Walau hari dipenuhi dugaan.

Dan berpeganglah pada ALLAH,
Walau DIA tak kelihatan.

Umi arbee ali.
BerQASEH di rumah.
Dapatkan ebook superwahm supermom untuk tips mengurus masa, mengurus keluarga, mengurus rumahtangga.


Sunday, 19 October 2014

Kenapa perlu adanya blog?

Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia."
(Riwayat al-Tirmizi)

Maka, fikirkan yang baik-baik dan tulislah yang baik-baik sahaja. Dari sekelumit yang baik itulah, mampu menyumbang kepada segunung baiknya si pembaca blog. Dari sekelumit perkongsian yang enteng bagi penulis blog atau sebahagian pembaca, mampu mengajarkan ilmu yang tak ternilai bagi sebahagian si pembaca yang lain.
Ilmu yang dibawa oleh si pembaca hingga habis umur. Ilmu yang diturunkan oleh si pembaca kepada anak cucu. Ilmu yang dikongsi si pembaca bersama yang lain. Ilmu yang dimanfaatkan setelah tiadanya kita.

Usah segan. Usah malu. Usah bertangguh.
Blog tak terhad kepada diari, luahan perasaan, catatan harian, resepi masakan, kedai online atau media sosial yang melekakan.
Buruk atau baiknya sebuah blog, kita..penulis blog yang corakkan.
Blog, bukan sekadar papan kekunci dan internet.

Rujukan harga
Pilih kelas blog kalian, harga mampu milik RM150/RM200.

Umi arbee ali
BERQASEH di rumah.


Sunday, 24 August 2014

Selesaikan hak pada yang berhak.

Syukur saya masih bernafas dari tidur yang sementara.
Syukur suami, anak-anak masih ada dan bernafas di samping saya.
Syukur keluarga yang setia menyokong juga masih ada.

Saya simpati pada MH17, MH370 dan keluarga.
Tiada kata dari saya.
Kerana saya risau tersalah kata.

Setiap hari bangunlah awal pagi.
Dan nyatakan syukur pada ILAHI.
Raikan pagi setiap hari.

Selesaikan hak pada yang berhak.
Berpagi-pagi, persiapkan rezeki keluarga, suami, anak-anak.
Lalu, rezeki kita akan datang sendiri sedikit atau banyak.

Makan pagi tadi ialah makaroni dan teh strawberi.
Kuah putih dengan keju dan sosej untuk anak-anak Qaseh Junior.
Kuah merah yang pedas dengan daging cincang untuk suami Qaseh Kekanda.
Makan apa sahaja yang ada itulah saya umi Qaseh Adinda.

Nikmat Islam, nikmat hidup, nikmat berkeluarga, nikmat makan.
Tak tahu bila kita akan dipanggil pulang.
Lalu, nikmat Allah yang manakah mahu kita dustakan?

|moga dipermudahkanNYA|
Umi arbee bt ali
BerQASEH di rumah.
Panduan SURI BEKERJA DI RUMAH.


Thursday, 7 August 2014

Buah cempedak yang luar biasa harum dan manis.

Pokok cempedak ini tumbuhnya di dalam kebun kami. Antara pokok yang suami sayang. Sedari anak pokok ia dijaga, disiram, dibaja dan dibelek batang tubuhnya. Buah mudanya dibalut untuk elak ditebuk haiwan. Kain ungu itu ialah baju lusuh kami. Balik dari kerja, rutin suami ialah menjenguk kebunnya.

Sehingga pada suatu petang sambil menemankan anak mengayuh basikal, bau cempedak tajam menusuk hidung kami dibawa angin lalu. Gembiranya kami ! Suamilah yang lebih gembira. Hasil usaha lelah menampakkan hasil berbuah di depan mata, berbau di hidung.

Sebiji yang kecil telah kami makan semasa makan malam tadi. Buahnya harum dan lemak manis ! Ia terasa jauh lebih manis kerana ditanam, dijaga dan dibesarkan dengan dua tangan kami sendiri. Ia terasa luar biasa lemaknya kerana kami menjaganya dari kedudukan kami membongkok, mencangkung menghadap pokoknya sehingga kami perlu berdiri mendongak. Harum wangi buahnya luar biasa dek dibalut dan diusahakan dari sebesar penumbuk, betis hingga peha.
Bakinya masih perlu diperam barang dua tiga hari lagi. Sudah berkira-kira akan digoreng, buat rezeki jiran-jiran.

Hidup ini, berniaga juga perlukan usaha.
Sama ada buahnya tampak atau tidak di mata.
Suri di rumah semua.
Bangun lipat gandakan usaha.
Marketing perlu setiap masa.
Jualan bulanan mesti dijaga.
Bimbing anak murid di bawah kita.
Barulah merasa masuk duitnya.
Itulah suri di rumah namanya.

Mahu usahakan rm30k sebulan dengan Qaseh?
Mahu usaha menjadi pengurus online ABDR?
Mahu usahakan blog bisnes sendiri?
Mahu usahakan berniaga tapi tiada produk?
Kuncinya ialah dahulukan usaha.
Buahnya semestinya harum dan manis !

|moga dipermudahkanNYA|
Umi arbee ali (watsap 019-935 3481)
BerQASEH di rumah.
SURI bekerja di rumah.


Monday, 4 August 2014

Kedai dibuka semula.

Kembali semula ke bangi setelah seminggu bercuti raya.

Order dan pesanan dibuka semula.
Sebarang pertanyaan dialu-alukan.
Yang merisik mahu jadi pengurus online silalah bertanya.

Jangan malu. Jangan segan. Jangan bertangguh.

Salam Syawal.
Jom puasa enam !

|Moga dipermudahkanNYA|
Umi arbee ali
BerQASEH di rumah.
Inspirasi SURI BEKERJA DI RUMAH.


Saturday, 26 July 2014

Salam aidilfitri 2014/1435H

Kepada semua pembaca, sifu dan rakan niaga ABDR serta customer yang sangat dihargai;

Selamat hari raya.
Maaf zahir batin.
Berhati-hatilah sepanjang masa.
Ingat Allah sepanjang masa.
Yang ini sukar, jaga aurat sepanjang masa.
Kita buat ok, kita buat. Kita mesti buat.

Moga dipanjang dan diberkati umur sampai lagi kita ke Ramadhan yang rahmat tahun hadapan.

|moga dipermudahkanNYA.dalam redhaNYA|
Dari kami,
Bak~Umi~Kakak~Abang~Adik


Monday, 14 July 2014

Selamat menyambut Nuzul Quran 1435H.

|moga dipermudahkanNya|
Umi Arbee binti Ali
BerQASEH di rumah.
Inspirasi SURI bekerja di rumah.


Friday, 11 July 2014

Apa yang ditawarkan di ABDR?

Bergabung dengan kami 750 blog di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Pendaftaran kelas di ABDR berlangsung setiap hari.

1. Kelas asas blog dan penulisan - online & offline

2. Kelas asas blog dan fanpage mula bisnes - online & offline
- Mula bisnes produk sendiri
- Mula bisnes makanan sunnah
- Mula bisnes telekung solat: http://gedungtelekungsolat.blogspot.com
- Mula bisnes projek duit raya: http://projekduithariraya.blogspot.com
- Mula bisnes produk islamik

3. Kelas asas blog dan penulisan kreatif

4. Kelas belajar iklan mudah.my

5. Kelas urus akaun wahm/soho - daftar di http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com

6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline

8. Pendaftaran Pengurus Online

====
Servis yang kami tawarkan:

1. Tempahan blog bisnes - siap 3 hingga 5 hari

2. Beriklan di SOHO directory juga bersama pautan 750 blog

====
Hubungi saya selaku Pengurus Online ABDR apabila kalian sudah sedia.

|moga dipermudahkanNya|
Umi Arbee Ali
BerQASEH di rumah.
Inspirasi SURI bekerja di rumah.


Monday, 7 July 2014

Berbeza kulit supaya saling mengenal.

Kami suri di rumah. Berkumpul semasa majlis berbuka puasa.

Si anak memesan pakaian anak kecilnya dan beg tangan kepada si ibu saudara jika pergi ke butik tersebut. Butik itu di luar negara tempatnya. Ternyata si anak sangat biasa dengan butik itu. Siap diterangkan lokasi butik untuk memudahkan si ibu saudara mencarinya. Kemudian bercerita mengenai tudung fareeda. Borong 7 helai sekaligus katanya.

Saya dan cek yang duduk bersebelahan hanya mampu terkebil-kebil. Diam mendengar sahaja tanpa menyampuk.

Pesan memesan antara saya dengan cek hanyalah;
"Jika cek ke kedai borong itu, kirim jeruk bawang putih dan bawang goreng maju limbat ye"

Cek pula "jika awak ke billion, belikan cek bekas air plastik 5liter itu". "Cek belikan pampers anak awak sebab kebetulan murah".

 Kaya tak bermaksud sombong atau alpa. Miskin tak bererti merendah diri. Mulianya orang adalah ilmuNya.

Wahai manusia, sesungguhnya kami ciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan. Dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu kenal satu dengan yang lain. Sesungguhnya orang yang paling mulia adalah orang yang paling taqwa dari kalangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
(Surah al-Hujurat : 13)

|moga dipermudahkanNya|
Umi Arbee Ali
BerQASEH di rumah. >>> http://qasehgoldbangi.blogspot.com
Pengurus online ABDR.


Monday, 30 June 2014

Bagaimana menempatkan diri atau blog di carian teratas?

Bismillah. Syukur Allah dengan kuasaMu.
Blog yang hampir setahun diusahakan berada di tangga pertama, mukasurat pertama untuk carian google kata kunci qaseh gold bangi. Jujurnya saya mendapat ramai customer alam maya melalui blog. Kata mereka..jumpa di google. Bagaimana lakukannya?
Pokoknya ialah:
♧Pokok nombor 1. Menulis tentang kebaikan qaseh gold, bukannya kehebatan atau nawaitu menjual semata-mata. Sebarkan kebaikan. Usah segan. Bukan anda seorang yang tidak tahu. Masih ramai yang tidak tahu. Ini salah satu contoh cara menerangkan mengenai kebaikan habbatussauda' yakni salah satu ramuan dalam qaseh gold.
♧Pokok nombor 2. Tajuk adalah sangat penting. Fikirkan tajuk yang dapat menarik minat pembaca. Tempatkan diri dalam kasut pembaca. Apa yang pembaca mahu tahu. Misalnya menyebut tentang qaseh gold, ia ialah produk makanan. Untuk menelan makanan melalui tekak masuk ke perut semestinyalah apa yang ingin diketahui ialah kandungannya. Letakkan tajuknya..kandungan atau ramuan qaseh gold.
♧Pokok nombor 3. Bercerita dalam penulisan kita. Elakkan promosi iklan misalnya jualan murah, beli 2 percuma 1 atau sementara stok masih ada secara terus menerus tanpa henti. Usah gopoh. Berbalik kepada nombor 1, sebarkan kebaikan. Selitkan dengan cerita, nasihat atau tips yang berguna.  Ini salah satu contoh cara bercerita perihal anak dengan menyelitkan iklan tonik rambut secara santai.
♧Pokok nombor 4. Jadilah lebih kreatif. Jangan sempitkan pada penulisan sahaja. Gunakan gambar yang menarik, audio atau video. Ini salah satu contoh cara menulis tentang qaseh gold menyokong penyusuan susu ibu dengan bantuan video.
♧Pokok nombor 5. Pertukaran link blog. Inilah untungnya bergabung dalam akademi. Setiap protege dan alumni wajib masukkan link sahabat akademi di blog masing-masing. Ini sangat-sangat membantu menaikkan blog kita. Walau bagaimanapun mesti rajin kemaskini blog.

Mahu tahu lebih jelas?
Mahu diajar dengan bimbingan cikgu?
Boleh hubungi saya.
Saya bermula sebagai anak murid akademi ini. Niat asal hanyalah untuk menghasilkan blog qaseh gold bangi. Setelah tamat belajar, cikgu menawarkan saya menjadi pengurus online akademi.
Saya terima kerana pokoknya:
♧tali ukhwah akademi ini sangat kuat.
♧saya gembira menjadi sebahagian dari akademi ini.
♧pengasas, cikgu dan sahabat banyak memberi tips mengurus masa dan rumahtangga dan lain-lain tips yang tak pernah terlintas di kepala.
♧pengurus online mampu menjana pendapatan 4 angka tanpa perlu keluar dari rumah.
♧cabaran bekerja di rumah jauh lebih hebat dari makan gaji, maka tempatkan diri dalam kumpulan sokongan yang sama dengan kita.
|moga dipermudahkanNYA|
Umi Arbee Ali
BerQASEH di rumah >>> http://qasehgoldbangi.blogspot.com
Pengurus online ABDR

Wednesday, 25 June 2014

Sabar ialah pada kejutan pertama.

Kesabaran yang dikira dalam menghadapi musibah ialah bila mana dilakukan seawal musibah menimpa. Ini bertepatan dengan satu hadis nabi iaitu diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. katanya: Nabi berjalan di sebelah seorang wanita yang menangis di sisi satu kubur.

Baginda berkata:

“Bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah.” Jawab wanita itu: “Pergilah, engkau tidak ditimpa seperti musibahku ini.” Dia tidak mengetahui bahawa itu ialah Rasulullah. Kemudian ada orang berkata kepada wanita itu: “Lelaki itu adalah Nabi.” Wanita itu pun bergegas menuju ke pintu rumah Nabi yang didapati tidak dijaga oleh sesiapa.

Kemudian dia berkata kepada nabi: “Aku tidak mengenalimu sebentar tadi.” Rasulullah hanya menjawab: “Sesungguhnya sabar itu pada kejutan yang pertama.” (Hadis riwayat al-Imam al-Bukhari, No. 1203).

♡ketika anak menangis hebat sedangkan ibu ada kerja, bersabarlah..selesaikan anak dulu.
♡di kala badan terasa penat, kain menggunung belum dilipat, bersabarlah..lain kali usah biarkan ia bertimbun.
♡bilamana kerja bisnes belum dapat disentuh, bersabarlah..selesaikan ia awal pagi sebelum anak bangun tidur.
♡sewaktu baru berlunjur kaki ingin berehat anak meminta air, bersabarlah..latih anak berdikari.
♡ketika baru meletakkan kepala di bantal, suami datang, bersabarlah..itu kewajipan.

Pada kejutan pertama itu, pejam mata, tarik nafas dan hembus kuat dengan kalimah Lailahaillallah. Ingatkan diri.. aku sedang berjihad menguruskan keluarga.

|Moga dipermudahkanNya|
Umi Arbee Ali
BerQASEH di rumah ==> http://qasehgoldbangi.blogspot.com
Pengurus online ABDR ==> www.akademibekerjadirumah.com


Wednesday, 4 June 2014

Pamerkan barang ketika majlis di rumah.

Ahad yang lepas, majlis aqiqah anak saya. Diadakan di runah saya seperti mana aqiqah anak-anak yang terdahulu. Majlis dimulai dengan bacaan yasin, dipimpin oleh jiran kami. Kemudiannya acara makan hingga jam 4 petang. 

Sebagai suri yang bekerja di rumah, saya harus mengambil peluang emas ini bersempena ramai jiran, sahabat dan saudara yang datang meraikan jemputan.

TIPS 1 Dengan izin suami, sebelum majlis saya menggantung bunting dan menyusun barang jualan di meja tamu. Flyers dan kad bisnes juga dipamer di situ. Tak lupa sample qaseh beserta sudu plastik.

TIPS 2 Sepanjang majlis, melayan tetamu itu mesti. Di samping itu, saya selitkan serba sedikit berkenaan barang yang dijual. Perkenalkan diri yakni saya ialah stokis qaseh gold anaedar di bangi. Mulut kita ialah kedai kita.

TIPS 3 Namun, saya sentiasa beringat usah keterlaluan hingga mengganggu tujuan asal majlis dan meninbulkan rasa kurang senang tetamu. Saya bukan buka booth di foyer shopping mall atau menyertai car boot sale. Saya sedang di dalam majlis aqiqah yang diadakan di rumah sendiri.

TIPS 4 Saya juga menyediakan duit baki dan stok barang jualan secukupnya kerana tetamu yang datang dalam keadaan tidak bersedia untuk membeli. Tujuan asalnya ialah aqiqah bukan ke pasar malam. Kemungkinan membeli satu sekadar mencuba, mungkin juga borong..rupa-rupanya ialah pengguna tegar QASEH. Permudahkan urusan muamalah itu.

TIPS 5 Setiap door gift untuk tetamu, saya sertakan flyers dan kad bisnes supaya mereka boleh merenung, membaca dan mempertimbangkannya di rumah dalam.keadaan yang jauh lebih selesa. Ada tetamu yang tergesa-gesa kerana perlu memenuhi beberapa jemputan sehari. Mereka tak punya ruang untuk bersembang lama.

TIPS 6 Saya hanya perkenalkan diri dan berkongsi kebaikan QASEH. Bukan menjual. Keberkatan itu lebih dengan berkongsi.

Bagaimana jika tiada siapa yang membeli?
Tak mengapa kerana paling kurang mereka tahu apa yang kita jual, kebaikan dan kelebihan barang yang dijual. Masa hadapan jika hendak mendapatkannya, mereka tahu ke mana nak dituju. Beli atau tidaknya mereka ialah soal hati dan rezeki. Jika Allah menggerakkan hati mereka dan itu ialah rezeki kita, pastinya berlaku jua muamalah itu.

Bagaimana jika mereka hanya bertanya?
Ada jiran yang segan. Mereka akan datang balik setelah selesai majlis. Ada jiran yang belum ada duitnya. Mereka akan datang bertanya setelah gaji masuk. Ada yang sedang minum jamu atau suplemen lain. Mereka juga akan datang setelah produk itu habis.

Penghujung hari masinh-masing sudah penat kerana hari sebelumnya ialah majlis kahwin adik ipar. Saya mengira jualan. Laku juga 1 karton QASEH, 3 lipstik 05(ikut warna darah), 3 sabun wajah, 3 bedak kompek dan 2 garam mineral masakan. Rezeki anak-anak.

Umi Arbee Ali

BerQASEH di rumah

http://qasehgoldbangi.blogspot.com


Thursday, 15 May 2014

Apakah Akademi Bekerja di Rumah?


Siapa Pengasas ABDR?
•Pengasas ABDR ialah Puan Masayu Ahmad. 
•Beliau merupakan suri bekerja dari rumah sepenuh masa (WAHM) dan sebelum ini merupakan seorang wartawan dan pengarang di sebuah syarikat penerbitan di tanah air. 
•Penulisan adalah fokus utama beliau dan wujudnya ABDR ini adalah sebagai kumpulan sokongan kepada suri yang mahu menjana pendapatan dari rumah dengan menggunakan platform blog dan fanpage di facebook. Melalui ABDR, fokus beliau sudah tentunya memberi panduan tentang ibu bekerja dari rumah atau lebih dikenali dengan WAHM (Working At Home Mom) dan pejabat di rumah (SOHO).
•Sejak bergelar WAHM, beliau telah menghasilkan beberapa buah buku seperti Jana RM Dari Rumah, Buat Duit Dengan Salon, Panduan 44 Hari Pantang Tradisional dan Moden, Ebook Jana Wang Di Rumah, Ebook Panduan Mula Bisness Butik, Ebook Super WAHM, Super Mom dan beberapa buku lagi yang bakal terbit.
•Untuk kenali lebih mendalam tentang beliau, saya jemput sahabat semua untuk ke blog beliau iaitu di blog Panduan Bekerja Di Rumah (WAHM, SAHM, SOHO).


Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)
•ABDR merupakan satu kumpulan sokongan ataupun satu kelompok khususnya para suri yang bekerja di rumah. 
•Sehingga kini, ABDR adalah gabungan antara 400 blog peserta ABDR, 21 kelas dan 13 guru online yang berdedikasi.
•Operasi ABDR adalah 100% secara online (atas talian) dengan menawarkan kelas online untuk menjana pendapatan dari rumah melalui platform blog dan fanpage niaga di Facebook.
•Kelas online yang dijalankan adalah berbentuk tutorial. Setiap protege (peserta) akan dibekalkan Ebook belajar asas blog sebagai rujukan utama. Protege akan dimasukkan dalam group kelas online di laman facebook dan komunikasi antara protege dan guru online adalah secara one to one (personal coaching). Nota dan tutorial bergambar juga disediakan di dalam group kelas online tersebut.
•Jadual kelas online adalah fleksibel mengikut masa dan kesediaan protege sendiri untuk mula kelas.
•Peserta ABDR adalah di kalangan yang mempunyai pelbagai latarbelakang pendidikan dan pengalaman

Apa Yang Ditawarkan Dalam ABDR?
•Kelas online asas blog dan penulisan
•Kelas online asas blog dan fanpage mula bisnes
•Kelas online iklan di mudah.my
•Kelas online penulisan kreatif
•Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
•Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
•Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
•Ruang Iklan di Soho Directory
•Bengkel offline: Branding Yourself & Business Strategies oleh Pn Khairunnisa Hamzahara yang turut akan menyentuh pembelajaran asas membina blog sebagai salah satu teknik branding perniagaan dan perkhidmatan.
Siapa yang boleh sertai ABDR?
•Suri rumah sepenuh masa yang ingin menjana pendapatan dari rumah.
•Suri rumah yang bekerja dengan majikan dan ingin menjana pendapatan sampingan dari rumah atau sememangnya sudah menjalankan perniagaan kecilan secara sampingan.
•Peserta bukan sahaja fokus kepada suri rumah, malah sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan dari rumah boleh menyertai ABDR
Kelayakan dan syarat untuk menyertai ABDR?
•Memiliki Ebook Asas Blog kerana ebook ini merupakan buku rujukan utama dalam kelas yang di anjurkan oleh ABDR.
•Sertai mana-mana kelas, asas blog dan penulisan atau kelas asas blog dan fanpage untuk bisnes.
•Perlu menguasai modul dan analisa pelajar.
•Perlu aktif dan blog sudah melepasi syarat yang sudah ditetapkan.
•Pemantauan adalah minima dan berdasarkan garis panduan Modul Guru Online.
•Aktif, berdikari dan mudah untuk diberi panduan dan tunjuk ajar.
•Arahan seterusnya adalah di dalam kelas dan saringan di peringkat awal.
Kelebihan menyertai ABDR
•Setelah tamat melakukan kesemua tugasan, protege boleh mula menggunakan blog dan fanpage niaga di facebook sebagai platform untuk menjana pendapatan dari rumah.
•Jaringan networking antara rakan akademi yang bergabung dalam ABDR juga kebanyakannya terdiri daripada kalangan surirumah dan suri bekerjaya.
•Boleh berkenalan dan bertukar pandangan, pengalaman dan kemahiran antara rakan akademi.
•ABDR sebagai kumpulan sokongan untuk suri yang bekerja dari rumah mendapatkan semangat, motivasi dan sebagainya.
•Pertukaran antara blog rakan akademi juga dapat membantu menarik traffik ke blog.
•Protege ABDR yang telah berjaya menyiapkan tugasan secara automatik akan menjadi Rakan Niaga ABDR dengan menjual produk dan perkhidmatan digital ABDR secara online.
•Sekiranya protege ABDR tidak ada lagi produk, protege juga adalah layak untuk menjual produk dan perkhidmatan digital ABDR seperti ebook digital, kelas online dan tapak pengiklanan maya di soho directory.
•Protege ABDR juga layak menjadi pembantu kelas dan guru online sekiranya melepasi standard yang ditetapkan oleh ABDR.
•Penulisan protege ABDR yang baik berpeluang untuk mendapat perhatian majalah atau suratkhabar tempatan dan juga boleh menghasilkan ebook atau buku penulisan sendiri.
•macam-macam lagi kelebihan ABDR, yang pasti ianya mampu membantu protege menjana pendapatan di rumah.
Umi Qaseh Gold Bangi

Copyright to BI QASEH REZEKI UMI
Designed by UMIESUEstudio 2015