Monday, 30 June 2014

Bagaimana menempatkan diri atau blog di carian teratas?

Bismillah. Syukur Allah dengan kuasaMu.
Blog yang hampir setahun diusahakan berada di tangga pertama, mukasurat pertama untuk carian google kata kunci qaseh gold bangi. Jujurnya saya mendapat ramai customer alam maya melalui blog. Kata mereka..jumpa di google. Bagaimana lakukannya?
Pokoknya ialah:
♧Pokok nombor 1. Menulis tentang kebaikan qaseh gold, bukannya kehebatan atau nawaitu menjual semata-mata. Sebarkan kebaikan. Usah segan. Bukan anda seorang yang tidak tahu. Masih ramai yang tidak tahu. Ini salah satu contoh cara menerangkan mengenai kebaikan habbatussauda' yakni salah satu ramuan dalam qaseh gold.
♧Pokok nombor 2. Tajuk adalah sangat penting. Fikirkan tajuk yang dapat menarik minat pembaca. Tempatkan diri dalam kasut pembaca. Apa yang pembaca mahu tahu. Misalnya menyebut tentang qaseh gold, ia ialah produk makanan. Untuk menelan makanan melalui tekak masuk ke perut semestinyalah apa yang ingin diketahui ialah kandungannya. Letakkan tajuknya..kandungan atau ramuan qaseh gold.
♧Pokok nombor 3. Bercerita dalam penulisan kita. Elakkan promosi iklan misalnya jualan murah, beli 2 percuma 1 atau sementara stok masih ada secara terus menerus tanpa henti. Usah gopoh. Berbalik kepada nombor 1, sebarkan kebaikan. Selitkan dengan cerita, nasihat atau tips yang berguna.  Ini salah satu contoh cara bercerita perihal anak dengan menyelitkan iklan tonik rambut secara santai.
♧Pokok nombor 4. Jadilah lebih kreatif. Jangan sempitkan pada penulisan sahaja. Gunakan gambar yang menarik, audio atau video. Ini salah satu contoh cara menulis tentang qaseh gold menyokong penyusuan susu ibu dengan bantuan video.
♧Pokok nombor 5. Pertukaran link blog. Inilah untungnya bergabung dalam akademi. Setiap protege dan alumni wajib masukkan link sahabat akademi di blog masing-masing. Ini sangat-sangat membantu menaikkan blog kita. Walau bagaimanapun mesti rajin kemaskini blog.

Mahu tahu lebih jelas?
Mahu diajar dengan bimbingan cikgu?
Boleh hubungi saya.
Saya bermula sebagai anak murid akademi ini. Niat asal hanyalah untuk menghasilkan blog qaseh gold bangi. Setelah tamat belajar, cikgu menawarkan saya menjadi pengurus online akademi.
Saya terima kerana pokoknya:
♧tali ukhwah akademi ini sangat kuat.
♧saya gembira menjadi sebahagian dari akademi ini.
♧pengasas, cikgu dan sahabat banyak memberi tips mengurus masa dan rumahtangga dan lain-lain tips yang tak pernah terlintas di kepala.
♧pengurus online mampu menjana pendapatan 4 angka tanpa perlu keluar dari rumah.
♧cabaran bekerja di rumah jauh lebih hebat dari makan gaji, maka tempatkan diri dalam kumpulan sokongan yang sama dengan kita.
|moga dipermudahkanNYA|
Umi Arbee Ali
BerQASEH di rumah >>> http://qasehgoldbangi.blogspot.com
Pengurus online ABDR

Wednesday, 25 June 2014

Sabar ialah pada kejutan pertama.

Kesabaran yang dikira dalam menghadapi musibah ialah bila mana dilakukan seawal musibah menimpa. Ini bertepatan dengan satu hadis nabi iaitu diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. katanya: Nabi berjalan di sebelah seorang wanita yang menangis di sisi satu kubur.

Baginda berkata:

“Bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah.” Jawab wanita itu: “Pergilah, engkau tidak ditimpa seperti musibahku ini.” Dia tidak mengetahui bahawa itu ialah Rasulullah. Kemudian ada orang berkata kepada wanita itu: “Lelaki itu adalah Nabi.” Wanita itu pun bergegas menuju ke pintu rumah Nabi yang didapati tidak dijaga oleh sesiapa.

Kemudian dia berkata kepada nabi: “Aku tidak mengenalimu sebentar tadi.” Rasulullah hanya menjawab: “Sesungguhnya sabar itu pada kejutan yang pertama.” (Hadis riwayat al-Imam al-Bukhari, No. 1203).

♡ketika anak menangis hebat sedangkan ibu ada kerja, bersabarlah..selesaikan anak dulu.
♡di kala badan terasa penat, kain menggunung belum dilipat, bersabarlah..lain kali usah biarkan ia bertimbun.
♡bilamana kerja bisnes belum dapat disentuh, bersabarlah..selesaikan ia awal pagi sebelum anak bangun tidur.
♡sewaktu baru berlunjur kaki ingin berehat anak meminta air, bersabarlah..latih anak berdikari.
♡ketika baru meletakkan kepala di bantal, suami datang, bersabarlah..itu kewajipan.

Pada kejutan pertama itu, pejam mata, tarik nafas dan hembus kuat dengan kalimah Lailahaillallah. Ingatkan diri.. aku sedang berjihad menguruskan keluarga.

|Moga dipermudahkanNya|
Umi Arbee Ali
BerQASEH di rumah ==> http://qasehgoldbangi.blogspot.com
Pengurus online ABDR ==> www.akademibekerjadirumah.com


Wednesday, 4 June 2014

Pamerkan barang ketika majlis di rumah.

Ahad yang lepas, majlis aqiqah anak saya. Diadakan di runah saya seperti mana aqiqah anak-anak yang terdahulu. Majlis dimulai dengan bacaan yasin, dipimpin oleh jiran kami. Kemudiannya acara makan hingga jam 4 petang. 

Sebagai suri yang bekerja di rumah, saya harus mengambil peluang emas ini bersempena ramai jiran, sahabat dan saudara yang datang meraikan jemputan.

TIPS 1 Dengan izin suami, sebelum majlis saya menggantung bunting dan menyusun barang jualan di meja tamu. Flyers dan kad bisnes juga dipamer di situ. Tak lupa sample qaseh beserta sudu plastik.

TIPS 2 Sepanjang majlis, melayan tetamu itu mesti. Di samping itu, saya selitkan serba sedikit berkenaan barang yang dijual. Perkenalkan diri yakni saya ialah stokis qaseh gold anaedar di bangi. Mulut kita ialah kedai kita.

TIPS 3 Namun, saya sentiasa beringat usah keterlaluan hingga mengganggu tujuan asal majlis dan meninbulkan rasa kurang senang tetamu. Saya bukan buka booth di foyer shopping mall atau menyertai car boot sale. Saya sedang di dalam majlis aqiqah yang diadakan di rumah sendiri.

TIPS 4 Saya juga menyediakan duit baki dan stok barang jualan secukupnya kerana tetamu yang datang dalam keadaan tidak bersedia untuk membeli. Tujuan asalnya ialah aqiqah bukan ke pasar malam. Kemungkinan membeli satu sekadar mencuba, mungkin juga borong..rupa-rupanya ialah pengguna tegar QASEH. Permudahkan urusan muamalah itu.

TIPS 5 Setiap door gift untuk tetamu, saya sertakan flyers dan kad bisnes supaya mereka boleh merenung, membaca dan mempertimbangkannya di rumah dalam.keadaan yang jauh lebih selesa. Ada tetamu yang tergesa-gesa kerana perlu memenuhi beberapa jemputan sehari. Mereka tak punya ruang untuk bersembang lama.

TIPS 6 Saya hanya perkenalkan diri dan berkongsi kebaikan QASEH. Bukan menjual. Keberkatan itu lebih dengan berkongsi.

Bagaimana jika tiada siapa yang membeli?
Tak mengapa kerana paling kurang mereka tahu apa yang kita jual, kebaikan dan kelebihan barang yang dijual. Masa hadapan jika hendak mendapatkannya, mereka tahu ke mana nak dituju. Beli atau tidaknya mereka ialah soal hati dan rezeki. Jika Allah menggerakkan hati mereka dan itu ialah rezeki kita, pastinya berlaku jua muamalah itu.

Bagaimana jika mereka hanya bertanya?
Ada jiran yang segan. Mereka akan datang balik setelah selesai majlis. Ada jiran yang belum ada duitnya. Mereka akan datang bertanya setelah gaji masuk. Ada yang sedang minum jamu atau suplemen lain. Mereka juga akan datang setelah produk itu habis.

Penghujung hari masinh-masing sudah penat kerana hari sebelumnya ialah majlis kahwin adik ipar. Saya mengira jualan. Laku juga 1 karton QASEH, 3 lipstik 05(ikut warna darah), 3 sabun wajah, 3 bedak kompek dan 2 garam mineral masakan. Rezeki anak-anak.

Umi Arbee Ali

BerQASEH di rumah

http://qasehgoldbangi.blogspot.com


Copyright to BI QASEH REZEKI UMI
Designed by UMIESUEstudio 2015