Sunday, 24 August 2014

Selesaikan hak pada yang berhak.

Syukur saya masih bernafas dari tidur yang sementara.
Syukur suami, anak-anak masih ada dan bernafas di samping saya.
Syukur keluarga yang setia menyokong juga masih ada.

Saya simpati pada MH17, MH370 dan keluarga.
Tiada kata dari saya.
Kerana saya risau tersalah kata.

Setiap hari bangunlah awal pagi.
Dan nyatakan syukur pada ILAHI.
Raikan pagi setiap hari.

Selesaikan hak pada yang berhak.
Berpagi-pagi, persiapkan rezeki keluarga, suami, anak-anak.
Lalu, rezeki kita akan datang sendiri sedikit atau banyak.

Makan pagi tadi ialah makaroni dan teh strawberi.
Kuah putih dengan keju dan sosej untuk anak-anak Qaseh Junior.
Kuah merah yang pedas dengan daging cincang untuk suami Qaseh Kekanda.
Makan apa sahaja yang ada itulah saya umi Qaseh Adinda.

Nikmat Islam, nikmat hidup, nikmat berkeluarga, nikmat makan.
Tak tahu bila kita akan dipanggil pulang.
Lalu, nikmat Allah yang manakah mahu kita dustakan?

|moga dipermudahkanNYA|
Umi arbee bt ali
BerQASEH di rumah.
Panduan SURI BEKERJA DI RUMAH.


Thursday, 7 August 2014

Buah cempedak yang luar biasa harum dan manis.

Pokok cempedak ini tumbuhnya di dalam kebun kami. Antara pokok yang suami sayang. Sedari anak pokok ia dijaga, disiram, dibaja dan dibelek batang tubuhnya. Buah mudanya dibalut untuk elak ditebuk haiwan. Kain ungu itu ialah baju lusuh kami. Balik dari kerja, rutin suami ialah menjenguk kebunnya.

Sehingga pada suatu petang sambil menemankan anak mengayuh basikal, bau cempedak tajam menusuk hidung kami dibawa angin lalu. Gembiranya kami ! Suamilah yang lebih gembira. Hasil usaha lelah menampakkan hasil berbuah di depan mata, berbau di hidung.

Sebiji yang kecil telah kami makan semasa makan malam tadi. Buahnya harum dan lemak manis ! Ia terasa jauh lebih manis kerana ditanam, dijaga dan dibesarkan dengan dua tangan kami sendiri. Ia terasa luar biasa lemaknya kerana kami menjaganya dari kedudukan kami membongkok, mencangkung menghadap pokoknya sehingga kami perlu berdiri mendongak. Harum wangi buahnya luar biasa dek dibalut dan diusahakan dari sebesar penumbuk, betis hingga peha.
Bakinya masih perlu diperam barang dua tiga hari lagi. Sudah berkira-kira akan digoreng, buat rezeki jiran-jiran.

Hidup ini, berniaga juga perlukan usaha.
Sama ada buahnya tampak atau tidak di mata.
Suri di rumah semua.
Bangun lipat gandakan usaha.
Marketing perlu setiap masa.
Jualan bulanan mesti dijaga.
Bimbing anak murid di bawah kita.
Barulah merasa masuk duitnya.
Itulah suri di rumah namanya.

Mahu usahakan rm30k sebulan dengan Qaseh?
Mahu usaha menjadi pengurus online ABDR?
Mahu usahakan blog bisnes sendiri?
Mahu usahakan berniaga tapi tiada produk?
Kuncinya ialah dahulukan usaha.
Buahnya semestinya harum dan manis !

|moga dipermudahkanNYA|
Umi arbee ali (watsap 019-935 3481)
BerQASEH di rumah.
SURI bekerja di rumah.


Monday, 4 August 2014

Kedai dibuka semula.

Kembali semula ke bangi setelah seminggu bercuti raya.

Order dan pesanan dibuka semula.
Sebarang pertanyaan dialu-alukan.
Yang merisik mahu jadi pengurus online silalah bertanya.

Jangan malu. Jangan segan. Jangan bertangguh.

Salam Syawal.
Jom puasa enam !

|Moga dipermudahkanNYA|
Umi arbee ali
BerQASEH di rumah.
Inspirasi SURI BEKERJA DI RUMAH.


Copyright to BI QASEH REZEKI UMI
Designed by UMIESUEstudio 2015