Thursday, 9 April 2015

Praktik 4S dan 4T Sebelum Berhenti Kerja

Apa itu 4S dan 4T ?

4S
Setiap hari perlu
1. Solat awal waktu
2. Sedekah dan lupakan
3. Simpan dan lupakan
4. Solat dhuha

4T
1. Tabung modal
2. Tabung hutang
3. Tabung perbelanjaan bulanan
4. ...............

Apa itu secara jelas 4S 4T ini, perlu kalian praktik sejak sebelum berhenti kerja lagi. Jika belum capai tangguhkan dahulu niat. Ini berdasarkan pengalaman, perkongsian kisah sebenar, saya gabungkan satu formula baru yang lebih mudah sekiraya ramai ibu-ibu mahu buat keputusan berhenti kerja.

Baca lebih lanjut dalam ebook 101 Idea Home-Based Bisnes.

Promosi April sedang berlangsung. Dapatkan 3 ebook dengan harga RM50 SAHAJA.
Harga sebenar RM 105.00.

Wa/Telegram UMI 019-9353.481
Membudayakan Makanan Sunnah.


Saturday, 28 March 2015

Promosi Mac RM50 untuk 3 buku

Teks oleh: Umi Arbee Ali
Gambar: ABDR Fb Group

APAKAH 3 EBOOK ITU?
[ 1 ] Kini surirumah mahupun suri bekerjaya boleh menjana pendapatan melalui bisnes barangan atau perkhidmatan. Internet di hujung jari membolehkan kita berbisnes. Usah sempitkan fikiran bisnes di rumah hanya menjahit baju kurung yang ditempah oleh jiran atau membuat kuih karipap setiap pagi yang dihantar anak ke gerai Mak Jemah di simpang tiga. Baca kejayaan penulis surirumah ini mengenai pengalamannya yang telah bertahun-tahun berbisnes dalam SURIRUMAH JUGA BOLEH BERBISNES.
Harganya RM25 sebuah.

[ 2 ] Kemudian, atasi kekalutan tak cukup masa atau sesaknya nafas kalian walau telah bertangan sotong menguruskan keluarga dan rumahtangga. Apa yang kalian perlukan sebenarnya ialah pengurusan masa. Setiap orang diberi masa yang sama 24 jam sehari. Bagaimana Mak Jemah beranak 7 boleh mengajar anak-anak jiran mengaji dan berkebun setiap hari? Usah diceritakan dia memasak setiap hari tak pernah beli dan rumah kemas dan bersih tanpa habuk. Tarik nafas, lepas, bertenang dan lakukan satu persatu dalam SUPERWAHM SUPERMOM.
Harganya RM25 sebuah.

[ 3 ] Setelah tenang, dapatkan gambaran realiti kehidupan surirumah berbisnes ini. Penuh cerita inspirasi pembakar semangat. Ia kisah benar..bukan diada-adakan. Perhatikan tekad perjuangan dan susun atur masa mereka antara keluarga dan bisnes. Juga ada lebih dari sepuluh soal jawab yang kalian sering rungsingkan. Apa, siapa, di mana dan bagaimana nak mulakan bisnes? Nak berniaga tapi takut. Macamana orang lain boleh berjaya? Saya sudah tak tahan bekerja pejabat? Jom terjun ke dalam dunia surirumah berpendapatan dalam YEAY MAMA SUDAH RESIGN.
Harganya RM25 sebuah.

APAKAH HARGA PROMOSI?
RM50 untuk 3 buah.
♢Wa/telegram UMI 019-9353.481
♢Cari cerita pengalaman WAHM saya dalam Yeay Mama Sudah Resign.
♢Membudayakan makanan sunnah

APAKAH ISI KANDUNGANNYA?

---♧
YEAY MAMA SUDAH RESIGN.Tinta Pengarang
Bahagian 1:
Bab 1: Saya mahu jadi WAHM- Nor Atiqah Hamidi
Bab 2: ‘Resign’bukan bermaksud tidak bekerja-Nora Afzam
Bab 3:Impian seorang isteri- Izzah Razak
Bab 4: Saya Kini Suri Sepenuh Masa- Umi Arbee.
Bab 5: Saya Tidak Gembira Bekerja-Rahayu Rashid
Bahagian 2: Soal Jawab (Q & A)
Bahagian 3: Perkongsian Pengalaman 10 Usahawan (Bisnes Dari Rumah)
1. Suhaila Amirrudin, Usahawan Pakaian/ Produk Kanak-Kanak
2. Khairina Yaacob, Usahawan Jahitan Pukal/Baju Menyusu
3. Wani Hamid Jurulatih Akaun/Kewangan
4. Mardhiah Shamsuri, Pengasas Komunit Lovely Live
5. Farah Hafizah, Seni Kraf Kreatif
6. Nor Fahdillahtul Lela Khalil, Pengasas Tart Shell
7. Tengku Azuriyah Tengku Mohamad, Seni Kreatif Sulaman dan Jahitan
8. Hijarina Othman, Usahan Produk Makanan dan kraf Sarawak
9. Faziatun Nisa’ Yusof Basha, Usahawan Makanan
10. Zaila Mohamad, Usahawan dan Guru Online.

---♧
SUPERWAHM SUPERMOM
Bab 1: Apa itu wahm, sahm, soho

Bab 2; Mengambil keputusan bekerja dari rumah 2.1 Sudah tidak ada hati bekerja
2.2 Persediaan asas
2.3 Langkah bijak Aida Fadzlin sebelum berhenti kerja
2.4 Puan M berkongsi dilema

Bab 3: Kisah Inspirasi Wahm, Soho
3.1 Norhanita Bahrom. Gobok Boutique
3.2 Fauziah Ahmad,
3.3 Farah Hafizah
3.4 Norazizah Ruslan-Business & health advisor
3.5 Lyna Noh - Malaysian Mums Biz Network
3.6 Faziatun Nisa Chocville Online Choc Boutique
3.7 Durra Mohamed Jamri
3.8 Hani Arziana-SoHoIBU
3.9 Noor Hidawati
3.10 Harlinda Halim-Malaysian Work-At-Home-Mom Community
3.11 Nadzura Sabry

Bab 4: Cabaran bekerja dari rumah dan solusi
4.1 Bekerja di rumah tanpa pembantu
4.2 Urus stres dengan super gembira
4.3 Cabaran bekerja dengan anak kecil
4.3 Norhafizah Madzlan-cabaran mengurus enam anak
4.4 Zaila, berkorban kerjaya demi keluarga
4.5 Norain Kanafi

Bab 5: Tips sukses urus masa
5.1 Pengurusan masa untuk wanita
5.2 Ibu super sibuk, tips terapi diri
5.3 Urus masa keluarga
5.3 Sibuk yang fleksibel

Bab 6 : Tips urus tenaga super mama
6.1 Tenangkan diri, jangan stress, stres!
6.2 Fokus kepada matlamat
6.3 Rawat dan rehat

Bab 7: Tips urus rumah tangga
7.1 Mengawal semangat yang teruk
7.2 Perlukah pembantu rumah?
7.2 Cari kelainan untuk segarkan urusan rumahtangga
7.3 Kelaziman surirumah yang menyeronokkan

Bab 8: Tips motivasi surirumah terhebat
8.1 Setiap orang ada satu kisah
8.2 Bekerja dengan jiwa
8.3 Mengekalkan momentum motivasi
8.4 Kisah teladan sepanjang zaman


Thursday, 19 February 2015

Warna alam berubah mengikut waktu solat.

Gambar-gambar ini saya ambil hanya menggunakan telefon Samsung. Saya pernah terbaca mengenai perubahan warna alam. Berdasarkan pengamatan mata kasar dan pengalaman kehidupan, ya benar alam memang berubah-ubah warnanya. Alam gelap apabila malam dan cerah apabila siang. Jika diperhalusi, menghampiri jam 7, alam kebiru-biruan, usai Zohor kelihatan kuning dan sewaktu senja oren kemerahan. 
Saya mahu mengabadikan ia di blog ini. Sesuatu untuk difikirkan, syukuri dan insafi.

Gambar-gambar ini saya ambil ketika percutian keluarga di di Avillion Admiral Cove Port Dickson. Tips: Ambil bilik menghadap pantai ya. 

Kami sampai waktu Asar. Sibuk menguruskan check-in dan barang-barang kemudian makan malam, jadinya pemandangan luar bilik hanya dapat kami nikmati pada waktu Maghrib. Maghrib yang merah ini gambar pertama yang saya ambil.

Saya cuba untuk fokus pada pandangan yang sama ketika mengambil gambar supaya dapat dilihat yang beza pada gambar hanyalah warna. Objeknya tetap sama. 2 buah rumah, jambatan, muncung kapal dan pucuk pokok.

Warna alam berubah merah selaras dengan frekuensi jin dan iblis. Nasihat orang tua supaya tak berada di luar rumah pada waktu ini ada benarnya. Jin iblis amat bertenaga kerana mereka ikut bergetar dan bergema dengan warna alam.

Indigo Isyak menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian. Kerana itu umat Islam dianjurkan tidur awal untuk merehatkan diri dan mengelakkan gelisah jika badan berkeadaan letih.

Selepas tengah malam, alam bersinar dengan pelbagai warna, bermanfaat untuk psikologi dan mental.

Pada saat azan Subuh berkumandang, tenaga biru muda bersesuaian dengan frekuensi tiroid. Mereka yang masih tidur nyenyak akan menghadapi masalah rezeki dan komunikasi kerana tiroid tak dapat menyerap tenaga biru muda ketika roh dan jasad masih tertidur.

Hijau dhuha yang aman dan menenangkan.

Alam berubah kuning yang berpengaruh ke atas perut, sistem pencernaan, hati dan keceriaan.

Asar yang oren berpengaruh terhadap sistem reproduksi yakni prostat, rahim, ovari dan testis..juga kreativiti.

Benar kan..setiap kali berpindahnya waktu solat, ia terjadi bersamaan dengan berubahnya tenaga alam yang dapat diukur, dirasai dan dilihat melalui berubahnya warna alam.

Rasulullah SAW bersabda, "Amalan yang paling dicintai oleh Allah SWT adalah solat pada waktunya, berbakti kepada kedua orang tua, kemudian jihad di jalan Allah SWT" (Kanzul 'Ummal, Jilid 7, Hadis 18897)

Ditanya Nabi SAW, apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi, solat di awal waktu. (Riwayat at-Tirmidzi dan Abu Daud, Albani) 

Secara sainsnya, jika kita solat awal waktu, badan kita dapat menyerap tenaga cahaya-cahaya ini sepenuhnya sebelum ia menjadi semakin pudar. Bersyukurlah kita kerana telah disyariatkan solat oleh Allah tanpa perlu kita fikirkan bagaimana hendak mengecaj semula tenaga cahaya ini. Allah mewajibkan solat ke atas kita kerana Dia tahu kita hamba yang amat memerlukanNya.

Umi qaseh bangi

Copyright to BI QASEH REZEKI UMI
Designed by UMIESUEstudio 2015